Slide
Badal Haji dan Umrah Arwah Dilaksanakan oleh Petugas Yang Dilantik Khas Serta Memiliki Permit Laksana Haji Yang Sah.
Slide
Badal Haji dan Umrah Arwah Dilaksanakan oleh Petugas Yang Dilantik Khas Serta Memiliki Permit Laksana Haji Yang Sah.

Pelaksanaan Badal Haji dan Umrah Yang Lebih Meyakinkan. Dilaksanakan oleh Petugas Yang Dilantik Khas dan Memiliki Permit Laksana Haji Yang Sah.

Darul Mubarak Travel & Tours Menyediakan Pakej Badal Haji dan Umrah Bagi Tahun 2025/1446H. Telah Mendapat Kepercayaan Penuh daripada Ramai Pelanggan Sejak Tahun 2005.


Kelebihan Melaksanakan Badal Haji dan Umrah Bersama Darul Mubarak

Menyediakan perkhidmatan yang lebih meyakinkan untuk para pelanggan merupakan matlamat utama kami.

Kesempurnaan Pelaksanaan Ibadah

Melantik petugas yang sesuai dan berpengetahuan untuk melaksanakan ibadah badal haji dan umrah dengan sebaiknya

Pelbagai Hadiah Cenderahati

Sebagai tanda penghargaan waris akan menerima sijil pengesahan, kurma ajwa, sejadah, tasbih, kopiah/tudung dan minyak wangi

Wakil Individu Berpengalaman

Individu yang akan melaksanakan ibadah badal haji terdiri daripada petugas yang diamanahkan untuk menguruskan jemaah haji pada tahun berkenaan

Pegawai Pemantauan Khas

Melantik petugas khas yang akan mengendali dan mengawal selia pelaksanaan ibadah badal haji dan umrah yang dilaksanakan

Pakej Lengkap & Berpatutan

Mengambil kira kos pelaksanaan oleh individu bagi setiap badal haji dan umrah yang dilaksanakan agar ianya munasabah kepada kedua-dua pihak

Prosedur Pelaksanaan Meyakinkan

Bermula dengan pendaftaran pelanggan, serahan nama, pemilihan wakil yang melaksana dan akhirnya, menunaikan ibadah haji dan umrah dengan sebaiknya


Prosedur Lengkap Pelaksanaan Ibadah

Langkah-langkah pelaksanaan dari mula pendaftaran sehingga selesai.

1.) Pendaftaran dan Tempahan
Pendaftaran dan tempahan boleh dibuat sepanjang tahun 1446H sehingga sebulan sebelum tarikh wukuf haji bermula. Kuota pendaftaran adalah terhad kepada 1000 peserta sahaja.
2.) Penerimaan Maklumat dan Sesi Akad
Staff Darul Mubarak akan menerima maklumat borang pendaftaran dan sesi akad akan dijalankan dengan waris samada bersemuka atau melalui telefon. Untuk makluman, pelanggan akan menerima teks sebelum sesi akad dijalankan.
3.) Serahan nama Allahyarham kepada petugas di Mekah
Nama Allahyarham / Allahyarhamah akan diserahkan kepada petugas dan wakil yang akan melaksanakan ibadah akan dipilih dan dilantik. Mereka terdiri daripada petugas yang menguruskan jemaah haji dan mempunyai permit menunaikan haji yang sah.
4.) Pelaksanaan Ibadah Haji dan Umrah
Wakil yang telah dilantik akan melaksanakan ibadah haji dan umrah dengan tawaduk dan penuh pengharapan untuk memperoleh haji yang mabrur.
5.) Pengesahan Sijil Pelaksanaan Haji dan Umrah
Pihak berwajib akan mengesahkan pelaksanaan ibadah dan barangan cenderahati akan mula dipos ke pejabat Darul Mubarak.
6.) Waris Menerima Sijil dan Barangan Cenderahati
Dalam tempoh 60 hari selepas selesai musim haji, waris akan mula menerima sijil pengesahan pelaksanaan dan barangan cenderahati berupa kurma ajwa, sejadah, tasbih, kopiah dan minyak wangi.

Pakej Badal Haji dan Umrah 2025 / 1446H

Pakej Lengkap, Teratur dan Meyakinkan

Maklumat Lengkap Pakej

Dilaksanakan oleh petugas yang menguruskan jemaah haji dan mempunyai permit melaksanakan haji yang sah.

  • Badal Haji dan Upah Umrah: RM3500
  • Upah Umrah sahaja: RM600

Ahli Waris dihadiahkan:

  • Sijil Pengesahan
  • Telekung/Kain Ihram*
  • Sejadah
  • Kopiah/Tudung
  • Kurma Ajwa
  • Minyak Wangi
  • Tasbih

*bergantung kepada promosi terkini

Badal Haji dan Umrah

Mengapa Memilih Darul Mubarak Travel & Tours?

Pemilihan travel agensi yang tepat akan menjamin pengurusan jemaah yang baik semasa di tanah suci

Berpengalaman

Telah mula beroperasi dalam mengurus dan mengendalikan pakej umrah dan pelancongan sejak dari tahun 2005.

Kepercayaan

Mendapat lebih 10000+ kepercayaan daripada pelanggan yang telah mengikuti pakej yang ditawarkan.

Kredibiliti

Darul Mubarak dipimpin daripada kalangan individu yang mendapat tempat istimewa di hati masyarakat setempat.

Ibu Pejabat

Wisma Darul Mubarak yang terletak di Seri Iskandar Business Centre, Perak merupakan ibu pejabat rasmi Darul Mubarak.

Icon made by freepik from www.flaticon.com


Galeri Pelanggan

Mendapat kepercayaan daripada lebih 6000+ pelanggan sejak tahun 2005


Soal Jawab, Soalan Lazim

Antara Kemusykilan Yang Sering Diutarakan Oleh Pelanggan

S : Berapa arwah yang boleh dihimpunkan untuk 1 orang wakil pelaksana?

J : Setiap wakil hanya boleh menunaikan ibadah untuk 1 penama sahaja. 

S : Bilakah ibadah badal haji dan umrah akan ditunaikan?

J : Ibadah haji dan umrah untuk arwah akan ditunaikan pada musim haji tahun yang sama arwah didaftarkan.

S : Berapa lamakah tempoh pelaksanaan ibadah hingga waris dapat menerima cenderahati?

J : Waris akan menerima barangan cenderahati dalam tempoh 60 hari selepas selasai pelaksanaan ibadah.

S : Kuota pendaftaran peserta bagi tahun 2025 / 1446H?

J : 1000 peserta.

S : Berapa gram kurma yang akan diterima?

J :  250gram  setiap peserta.

Pendaftaran Badal Haji dan Umrah

Pelanggan boleh memilih untuk mendaftar dengan cara mengisi borang tempahan ataupun terus berhubung dengan wakil jualan Darul Mubarak melalui aplikasi Whatsapp. Sila isikan maklumat dengan teliti dan benar bagi memudahkan proses pendaftaran.

Isi Borang Tempahan

Maklumat pendaftaran akan diproses untuk tujuan serahan nama kepada petugas dan memaklumkan waris setelah urusan ibadah selesai

Aplikasi Whatsapp

Wakil jualan kami akan berhubung dengan anda sebaik pesanan whatsapp dihantar

Team DM 01

Team DM 02

Darul Mubarak

Darul Mubarak Travel & Tours Sdn. Bhd. 200501025978 (708111-W) (KPL/LN:4398) adalah pilihan ideal untuk pengurusan dan penyediaan khidmat umrah & destinasi pengembaraan ke seluruh negara.

Profil Syarikat

Darul Mubarak Travel & Tours Sdn. Bhd 200501025978 (708111-W) (KPL/LN:4398)

05-3714001 / 016-5247001

No 17, Persiaran SIBC 2, Seri Iskandar Business Centre, 32610 Seri Iskandar, PERAK.